Gurau Senda Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir yang belum pernah anda saksikan

Jarang sekali kita melihat mereka bergurau senda tapi ayat ayat DSAI kepada Tun M penuh pickup line dan win!

‘Kami berkawan paling akrab, berperang paling parah’ – Anwar Ibrahim Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Tun M

Dalam wawancara eksklusif Astro AWANI bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mengakui walaupun berlaku perang paling parah antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kini kedua-dua pemimpin berpengaruh itu berada dalam sebuah pasukan yang padu.

Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai gandingan semula Mahathir-Anwar yang dinantikan ramai.

“Pertamanya kalau orang kata gandingan, ini memang berat. Tak semestinya saya pegang jawatan. Saya beritahu Tun Dr Mahathir, kalau ada yang saya boleh bantu, saya akan bantu.

“Saya bergurau dengan Tun M, kita kawan paling akrab dalam politik dan kita perang paling parah, tapi saya nampak kesungguhan dia untuk betulkan dan masa depan kita saya nampak cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu ramah eksklusif bersama Astro AWANI yang dihoskan oleh Kamarul Bahrin Haron dan Ashwad Ismail.
‘Tun M ajak saya bersatu demi rakyat’ – Anwar


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dua tokoh politik. Pernah bergerak seiring sebagai rakan paling rapat, juga seteru perang paling parah, kembali bergabung demi masa depan negara yang lebih gemilang.

Hari yang dinanti rakyat Malaysia untuk melihat Anwar berjalan bebas, akhirnya tiba hari ini.

Namun mungkin sebahagian daripada kita tertanya-tanya, di manakah titik tolak yang keruh itu dijernihkan?

“Saya bukan manusia yang akan menyukarkan keadaan. Mengapa beliau mengambil tindakan seperti yang dilakukan dahulu, itu soal lain.

“Tetapi secara peribadi, saya sudah lama okey dan sudah maafkan dia,” kata Anwar.

Dalam sesi temu ramah khas bersama hos Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron dan Ashwad Ismail, Pemimpin Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu nampak santai, ceria menjawab soalan yang merangkumi peranannya selepas ini, sehinggalah hubungannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Mengimbas detik-detik pertama mereka berdua sama-sama menguburkan amarah dan cerita lama, ujar Anwar, ia bermula ketika Tun Dr Mahathir mengunjunginya di mahkamah, kira-kira dua tahun lalu.

“Tun Dr Mahathir takkan datang jumpa saya kalau perkara itu bukan demi kepentingan negara. Beliau orang yang sangat mengasihi negara dan rakyat.

“Beliau merasakan keadaan sudah terlalu teruk, jadi beliau mahu kami berganding tangan, bersatu demi rakyat,” katanya tersenyum.

Ketika diajukan pendapatnya berkenaan perancangan 100 hari yang perlu didahulukan oleh Pakatan Harapan, kata Anwar, aspek ‘pembersihan’ adalah perkara yang perlu diberi perhatian.

“Memang cukai itu membebankan rakyat, tapi itu soal kedua. Yang lebih perlu dibendung adalah rasuah dan ‘ketirisan’. Sebanyak mana pun cukai tapi jika ia tiris, ia tidak akan pernah cukup dan rakyat akan terus terbeban.

“Rakyat tidak membantah cukai. Yang dibantah adalah apabila cukai dinaikkan, pembaziran berlaku dan sebilangan kecil pemimpin menjadi semakin kaya raya,” tegas Anwar.

Tanpa ragu-ragu, Anwar meluahkan keyakinan dengan kepimpinan Pakatan Harapan namun dalam masa yang sama mengingatkan mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

“Saya tidak akan sokong kalau saya tidak yakin. Saya sudah lama menderita, saya takkan kembali hanya untuk berpura-pura. Tetapi kejayaan pasukan (kerajaan) ini bergantung kepada semangat muafakat dan kesediaan mereka mendengar rintihan rakyat, terutama di peringkat bawah.

“Hentikan pembaziran, hentikan corak pemerintahan angkuh, hentikan rompakan harta rakyat. Seterusnya, cari jalan untuk ringankan bebas hidup rakyat,” ujarnya.

Anwar yang diberikan pengampunan diraja dari Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V, dibebaskan pagi tadi.

17/05/2018 – Gurau senda antara DS Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir yang mungkin belum pernah anda tengok sebelum ini semasa pemerintahan legasi Tun Mahathir bersama Anwar Ibrahim sebelum tahun 1998.

VIDEO:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*